CFMOTO 450SR 2022 masuk ke pasaran Filipina, harga jualan bersamaan RM 23,848.48

Pada pertengahan Ogos baru-baru ini, model terbaharu CFMOTO 450SR 2022 secara rasminya masuk ke pasaran Filipina. Harga jualan yang ditetapkan untuk model sports full fairing itu ialah sebanyak Php. 299,900.00, bersamaan nilai RM 23,848.48 mengikut nilai mata wang semasa. Model berkenaan didatangkan dengan dua pilihan warna.

Untuk pasaran Malaysia pula, CFMOTO 450SR ini telah diumumkan bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini. Melihat kepada harganya di pasaran Filipina, kemungkinan harga untuk pasaran Malaysia akan berlegar-legar dalam jumlah yang sama. Menurut CFMOTO Branch Cheras KL, harganya dijangka sekitar RM 25k sehingga ke RM 30k.

Untuk sebuah model sporty dengan enjin dua silinder 450cc yang menawarkan prestasi maksimum 49.6hp dengan tork puncak 39Nm, dan mampu mencapai kelajuan sekitar 190 km/j +, pastinya pembelian CFMOTO 450SR ini sangat berbaloi. Apatah lagi ianya dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi dan ciri-ciri serba lengkap, moden dan terkini.

Antaranya ialah sistem lampu LED, paparan panel meter digital sepenuhnya, fork depan upside-down, brek cakera Brembo dengan sistem ABS, tayar berprestasi tinggi, kapasiti tangki petrol 14 liter, dan juga winglet untuk tahap aerodinamik cemerlang. Untuk anda yang berminat memiliki jentera bertaraf litar ini, bolehlah membuat tempahan awal.