WMoto Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) pada semalam telah menganjurkan majlis prapelancaran model skuter adventure terbaharu WMoto XDV 250i 2022, khusus untuk wakil-wakil pengedarnya. Pelancaran rasmi model tersebut pula dikatakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, dengan jangkaan pada bulan September 2022.
Harga jualan asasnya pula dikatakan di bawah RM 20k sahaja, pastinya berpatutan dan mampu milik. Untuk anda yang mungkin berminat memiliki model skuter yang bergaya sporty dan ranggi ini, seterusnya menjadi pemiliknya yang pertama, tempahan kini telah dibuka di mana-mana cawangan pengedar rasmi WMoto Malaysia di seluruh Malaysia.
Setakat ini maklumat mengenai spesifikasi dan ciri-ciri pada model skuter itu belum lagi diumumkan sepenuhnya, namun ianya dipercayai mempunyai persamaan seperti mana model yang dijual di pasaran China. Di pasaran negara asalnya, ianya dikenali denagn nama Longjia XDV 250Si 2022, dan tampil dengan beberapa pilihan warna menarik.
Berikut ialah spesifikasi Longjia XDV 250Si 2022 di pasaran China, yang mungkin akan mempunyai persamaan dengan model WMoto XDV 250i 2022 di pasaran Malaysia :
Longjia XDV 250Si ini dikuasakan enjin NEXUS 250S yang dibekalkan oleh Zongshen, bersesaran 244.3cc (single-cylinder, liquid-cooled, four-valves, SOHC) dan dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Jumlah kuasa maksimumnya ialah 24.13 @ 8,750rpm dengan tork setinggi 22.5Nm @ 6,750rpm. Dengan prestasi seperti itu dan mempunyai berat 168 kg (curb weight), ianya mampu mencatatkan kelajuan maksimum 130 km/j.
Spesifikasi teknikal lain yang melengkapi Longjia XDV 250Si juga sangat memuaskan, antaranya termasuklah fork depan upside-down dan suspensi belakang dengan subtank buatan KYB, sistem brek cakera depan dan belakang J. Juan, ABS dua saluran, sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter TFT bersaiz 5.0 inci dengan teknologi sambungan telefon, port pengecas 12V, skrin boleh laras dan handlebar aloi aluminium yang ringan.
Bagaimanapun untuk maklumat yang lebih tepat, sama-samalah kita tunggu pelancaran rasmi model skuter itu tidak lama lagi. Sementara itu, saksikan dahulu gambar-gambar menarik sewaktu ianya diperkenalkan kepada wakil pengedar semalam. Sumber dari TR Motorworld, Sin Lean Huat Trading, WHS Motor Banting dan Sendayan Motor.