Bermula bulan Julai 2022 yang lalu, model cruiser terbaharu KTNS Cyclone RA2 2022 kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia. Boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Matte Black dan Brown, harga jualan asas yang ditetapkan untuk model tersebut adalah sebanyak RM 12,800.00 sahaja, dengan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km.
KTNS Cyclone RA2 dilengkapi enjin satu silinder dalam sesaran 249.9cc dengan sistem sejukan udara, dan menghasilkan kuasa maksimum 18.77hp @ 8,000rpm dengan tork setinggi 18Nm @ 6,000rpm. Enjin tersebut dipadankan sistem transmisi enam kelajuan. Untuk perjalanan yang lebih jauh, tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 13 liter.
Spesifikasi lain yang melengkapi KTNS Cyclone RA2 2022 ini adalah seperti fork depan teleskopik, penyerak hentak belakang berkembar, sistem brek cakera dengan ABS dual channel, panel meter digital, tempat duduk dengan ketinggian 715 mm, tayar depan dan belakang masing-masing bersaiz 110/80-18 dan 140/90-15, dan berat hanya 149 kg.
Untuk peminat motosikal dalam segmen santai, KTNS Cyclone RA2 ini mungkin salah sebuah model yang sesuai. Dengan tempat duduknya yang rendah, empuk dan selesa, ianya juga mungkin boleh menjadi pengganti kepada model keluaran Harley-Davidson. Untuk anda, saksikan galeri gambar-gambar menarik model tersebut seperti di bawah.
Sumber gambar : TM Cheras FB, Sendayan Motor FB & Chong Hun Motorcycle FB