Honda Dax ST125 2022 dilancarkan untuk pasaran Indonesia, harga jualan bersamaan RM 24,642.53

2023 Honda Dax ST125

Model kompak bergaya retro Honda Dax ST125 2022 serba baharu baru-baru ini rasmi dilancarkan untuk pasaran Indonesia, dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Pearl Nebula Red dan Pearl Cadet Gray. Harga jualannya bagaimanapun berada pada paras premium iaitu sebanyak Rp. 81,750,000.00, bersamaan nilai semasa RM 24,642.53.

Honda Dax ST125 dikuasakan enjin 124cc (Air-cooled SOHC 4-stroke 2-valve) dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI, seterusnya dipadankan kotak gear empat kelajuan. Enjin yang cekap dan ekonomi itu menghasilkan kuasa maksimum 8.85hp @ 7,000rpm dengan tork setinggi 10.4Nm @ 5,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 3.8 liter.

Melengkapkan lagi spesifikasi model tersebut ialah fork depan USD, penyerap hentakan belakang berkembar, brek cakera depan dan belakang dengan ABS satu saluran, tinggi tempat duduk 778 mm, tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-R12 dan 130/70-R12, paparan panel meter digital LCD, sistem lampu LED sepenuhnya, dan beratnya 107 kg.

Melihat kepada harga jualannya di pasaran Indonesia yang mencecah RM 25k, adakah Honda Dax ST125 2022 ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia nanti? Jika ianya dilancarkan juga oleh Boon Siew Honda, berapakah pula harga jualannya nanti? Pada paras RM 25k, tentu Honda CBR250RR 2022 merupakan pilihan yang lebih berbaloi.