Akhirnya yang dinanti-nantikan selama ini bakal tiba tidak lama lagi. Syarikat pengeluar motosikal tempatan iaitu Aveta Global Marketing akan melancarkan model super moped terbaharu untuk pasaran Malaysia, pada tarikh 25hb. Julai 2022 (Isnin). Model tersebut pastinya akan memeriahkan lagi suasana dunia permotoran di pasaran negara kita.
Untuk makluman anda, model Aveta Super Moped itu sebelum ini telah berjaya dikesan oleh Arena Motosikal, melalui beberapa siri artikel yang ditulis bermula sejak awal tahun 2021 lagi. Untuk anda yang mungkin terlepas artikel-artikel tersebut, di bawah berikut ialah senarai artikel-artikel berkaitan mengenai model Aveta Super Moped berkenaan :
- Model moped Rato SVR180 2021 muncul di pasaran China, dilengkapi enjin 150cc, penampilan mirip Honda Winner X
- Spyshot model moped terbaharu di Malaysia, adakah ianya bakal dilancarkan oleh Aveta?
- Jialing SVR180 2021 – adakah ini gambaran sebenar model super moped terbaharu Aveta untuk pasaran Malaysia?
- Rato SVR180 2021 bakal dilancarkan di pasaran China, pasaran Malaysia dijangka akan menyusul
- Fantasi Kawasaki Super Moped 175cc, akhirnya jadi realiti melalui model moped Rato SVR180 buatan China
- Rato SVR180 kini dikatakan memiliki kuasa enjin maksimum 17.0hp dan tork setinggi 13.8Nm
- Jialing CoCo SVR 2022 versi Track Version dilengkapi enjin 180cc dan sistem ekzos sporty mirip Kawasaki Z1000
- Jialing CoCo SVR 2022 – adakah super moped impian ‘Ahmad Ahmad’ akhirnya menjadi kenyataan?
- Dua model moped terbaharu Rato SVR180 dan Ottimo Super Moped – bilakah akan dilancarkan di pasaran Malaysia?
Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada Aveta Super Moped ini akan dikuasakan enjin bersesaran 150cc atau pun 175cc. Paling penting, spesifikasi teknikalnya adalah sangat menarik, dan pastinya akan ditawarkan dengan harga yang lebih berpatutan dan mampu milik. Jadi, sama-sama kita tunggu pelancaran super moped ini tidak lama lagi.