Yamaha YZF-R15S V3 2022 dengan pilihan warna terbaharu Matte Black diperkenalkan di pasaran India

Untuk pasaran India, pengeluar motosikal India Yamaha Motor (IYM) Pvt. Ltd. baru-baru ini telah memperkenalkan skim warna terbaharu Matte Black untuk model Yamaha YZF-R15S V3 2022. Pilihan warna itu kini menyertai pilihan warna sebelumnya Racing Blue, dengan harga jualan kedua-duanya ialah ₹ 1,60,900, bersamaan nilai RM 9,013.40.

Berbanding versi biasa, Yamaha YZF-R15S V3 dilengkapi tempat duduk jenis Unibody yang lebih selesa, untuk penunggang dan juga pembonceng. Model tersebut dilengkapi enjin dalam sesaran 155cc (liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve), yang menawarkan kuasa maksimum 18.6PS @ 10,000rpm dengan tork maksimum 14.1Nm @ 8,500rpm.

Di pasaran India, Yamaha YZF-R15 V3 kini tidak lagi ditawarkan, setelah pelancaran generasi terbaharu Yamaha YZF-R15 V4 pada tahun 2021 yang lepas. Model sporty itu juga baru-baru ini telah dilancarkan di pasaran Malaysia, dalam versi premium Yamaha YZF-R15M 2022. Untuk pasaran Malaysia, versi standard tidak ditawarkan oleh HLYM.