Pada bulan Disember 2021 yang lepas, Zontes Malaysia secara rasminya melancarkan tiga buah model motosikal terbaharu dengan enjin bersesaran 155cc. Ketiga-tiga buah model itu ialah Zontes ZT155G, Zontes ZT155U dan Zontes ZT155U1 2021. Sewaktu dilancarkan sebelum ini, harga asas untuk ketiga-tiganya ialah RM 10,800.00 sahaja.
Namun menurut makluman terkini di dalam laman Facebook Zontes Malaysia kelmarin, harga asas untuk ketiga-tiga model tersebut kini telah meningkat kepada RM 12,000.00 untuk pasaran Semenanjung Malaysia, iaitu peningkatan sebanyak RM 1,200.00. Untuk pasaran Malaysia Timur pula, harga asas baharu yang ditetapkan ialah RM 12,500.00.
Peningkatan harga sebanyak RM 1,200.00 itu mungkin kedengaran agak tinggi, namun ianya masih boleh dikatakan wajar. Ini kerana ketiga-tiga jentera moden dalam segmen scrambler, naked dan motard itu menawarkan pelbagai spesifikasi dan juga ciri-ciri yang menarik. Jadi apa pendapat anda mengenai harga baharu yang ditawarkan Zontes itu?