Model baharu Yamaha M Series 2022 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia esok, 29hb. Jun 2022, jam 5.00 petang

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya telah mengumumkan pelancaran model terbaharu Yamaha M Series 2022 bakal berlangsung pada keesokan hari, iaitu pada tarikh 29hb. Jun 2022, bermula pada jam 5.00 petang. Maklumat berkenaan telah diumumkan di dalam laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia sebentar tadi.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan model apakah yang bakal dilancarkan, namun berdasarkan desas-desus terkini, ianya mungkin model sportbike serba baharu Yamaha YZF-R15M V4 2022. Model tersebut sebelum ini telah dilancarkan di beberapa negara, antaranya termasuklah India, Indonesia, Filipina, dan paling terkini di pasaran Thailand.