Honda ADV160 2022 serba baharu bakal dilancarkan pada minggu ini di pasaran Indonesia

Model skuter kembara yang dinanti-nantikan iaitu Honda ADV160 2022 akhirnya bakal dilancarkan di pasaran Indonesia tidak lama lagi. Menurut maklumat daripada halaman Facebook dan Instagram PT. Astra Honda Motor, pelancaran rasmi model berkenaan akan berlangsung dalam minggu ini juga, dalam tempoh antara 24 ke 30 Jun 2022.

Honda ADV160 2022 selain tampil dengan reka bentuk serba baharu yang lebih sporty dan menawan, model itu juga akan dilengkapi sesaran enjin yang lebih besar, termasuk pelbagai teknologi terkini yang lebih canggih. Selepas pasaran Indonesia dan pasaran ASEAN yang lain, pasaran Malaysia juga pastinya akan menerima kehadiran rasminya.

Untuk peminat Honda ADV160 2022 di pasaran Malaysia, seperti kebiasaannya perlu bersabar, kerana pelancarannya mungkin akan sedikit terlewat berbanding negara jiran yang lain. Situasi yang sama sebelum ini telah berlaku terhadap model Honda ADV150, apabila ianya mengambil masa yang lama sebelum dilancarkan di pasaran Malaysia.