Model pertama Honda CBR900RR Fireblade diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun 1992. Kini selepas 30 tahun, Honda CBR1000RR-R Fireblade 2022 merupakan versi paling terkini di dalam siri model tersebut, bersama-sama Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2022 dan Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary 2022.
Paling istimewa sudah tentu Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary yang diperkenalkan dalam edisi terhad, untuk memperingati sambutan ulang tahun kali ke-30 Fireblade. Skim warna dan jalur grafik yang digunakan adalah sama seperti mana yang pernah digunakan pada model Fireblade 1992, menjadikan penampilannya lebih ikonik.
Di bahagian teknikal, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP dan Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary turut menerima beberapa naik taraf terkini, seperti mana yang diperkenalkan pada Fireblade versi standard. Prestasi enjin dan pecutan kini telah dipertingkatkan, begitu juga dengan maklumbalas sistem HSTC dan Throttle By Wire.
Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2022 tampil dengan dua pilihan warna Grand Prix Red dan Mat Pearl Morion Black, kedua-duanya kini dilengkapi rim roda berwarna emas dan logo HRC baharu. Sistem suspensi Öhlins NPX S-EC (depan) dan Öhlins TTX36 S-EC (belakang), bersama-sama sistem brek Brembo dengan ABS kekal untuk musim ini.
Casis (aluminium diamond-style frame), unit IMU (six-axis Inertial Measurement Unit), HESD (3-level Honda Electronic Steering Damper), dan panel instrumen TFT berwarna sepenuhnya yang mengawal mod tunggangan dan menyelaras Power, Engine Brake, HSTC, Wheelie Control, Start Mode dan ABS, turut tidak berubah untuk musim 2022.
CBR1000RR-R Fireblade SP 2022 dan CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary 2022, kedua-duanya dikuasakan enjin 1,000cc (Liquid-cooled 4-stroke 16-valve DOHC Inline-4) dengan kuasa maksimum 214hp @ 14,500rpm dan tork maksimum 112Nm @ 12,500rpm. Enjin tersebut dipadankan transmisi enam kelajuan dengan Quickshifter.
Galeri : Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2022
Galeri : Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary 2022