Pada tahun 2017, Yamaha AG125 serba baharu diperkenalkan

Yamaha AG100 ialah sebuah model motosikal lasak yang dilancarkan pada tahun 1973, dan pengeluarannya berterusan sehinggalah ke tahun 2016. Akhirnya pada tahun 2017, Yamaha telah menggantikan AG100 dengan model Yamaha AG125 serba baharu, yang mempunyai rekaan dan ciri-ciri yang sama, namun dengan kapasiti enjin lebih besar.

Yamaha AG125, sama seperti Yamaha AG100, sangat popular kerana tahan lasak, dan ianya banyak digunakan di kawasan ladang terutamanya di Australia, New Zealand dan Amerika Latin. Sementara itu di Afrika, Yamaha AG100 banyak digunakan oleh pasukan perubatan dan pelbagai NGO dalam menjalankan kerja-kerja amal dan kemanusian.

Dengan pelancaran Yamaha AG125, ianya meneruskan legasi Yamaha AG100, dan kini dilengkapi enjin 124cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, carburetor) dengan kotak gear lima kelajuan. Enjin tesebut menawarkan kuasa maksimum 9.9PS @ 8,000rpm, dengan tork 11.6Nm @ 6,500rpm. Tangki bahan apinya pula hadir dengan kapasiti penuh 11 liter.

Yamaha AG125 dilengkapi sistem brek jenis dram di bahagian depan dan belakangnya, rantai pemacu dengan penutup, tayar depan dan belakang jenis dual-purpose dalam siri 70/100-19 dan 90/100-18, tinggi tempat duduk 800 mm, dan jarak kelegaan tanah 225 mm. Mudguard depan dan belakang yang panjang melengkapkan lagi penampilannya.

Galeri : Yamaha AG125 (2017)

Galeri : Yamaha AG100 (1999)