Yamaha MT-15 2022 terima kemaskini warna baharu untuk pasaran Malaysia

Pada bulan Mei 2022 yang lepas, model naked Yamaha MT-15 2022 di pasaran negara jiran Thailand telah didatangkan dengan skim pilihan warna terbaharu yang lebih sporty dan segar. Kini tiba pula giliran pasaran Malaysia, apabila Yamaha MT-15 2022 dengan skim warna terbaharu Cyan Storm, Icon Blue dan Midnight Black telah diperkenalkan.

Setakat ini Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) masih belum membuat pengumuman rasmi mengenai model tersebut, namun beberapa laman Facebook pengedar motosikal Yamaha telah pun memuat naik brosur terkini bagi model berkenaan. Buat masa ini, kita lihat dahulu paparan brosur Yamaha MT-15 2022 itu, seperti mana paparan di atas.

Sumber : BLH Motor FB

Artikel berkaitan :