Di pasaran Eropah, skuter Yamaha XMAX 125 2022 merupakan versi standard dengan dua pilihan warna Icon Blue dan Sonic Grey. Untuk versi lebih premium, ianya diberikan nama Yamaha XMAX 125 Tech MAX 2022, dan mempunyai dua pilihan warna eksklusif iaitu Dark Petrol (warna baharu) dan Power Grey (warna daripada musim 2021).
Yamaha XMAX 125 Tech MAX 2022 tampil dengan beberapa ciri premium dan mewah, antaranya termasuklah tempat duduk dwi istimewa dengan bahan dan jahitan premium, pelapik dalaman kulit yang sepadan dengan tempat duduk, tempat letak kaki aluminium, kemasan dalam khas, reka bentuk MAX yang sporty dan ciri-ciri Tech MAX eksklusif.
Sama seperti XMAX 125 versi standard, XMAX 125 Tech MAX dikuasakan enjin 124cc VVA (4-valves, 4-stroke, Single cylinder, Liquid-cooled, SOHC, Euro 5) dengan keluaran kuasa maksimum 12hp @ 8,000rpm dan tork 11Nm @ 6,250rpm. Model yang memiliki berat 166 kg (wet weight) itu seterusnya dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 13 liter.
Spesifikasi menarik lainnya adalah seperti sistem Start & Stop, Traction Control, sistem brek cakera dengan ABS, ruang barangan yang luas di bawah tempat duduknya, sistem lampu LED depan dan belakang, sistem kunci Smart Key (keyless ignition), panel meter bergaya dengan paparan LCD yang besar, dan juga port 12V untuk mengecas telefon.