Honda Vietnam melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan bahawa syarikat berkenaan bakal melancarkan sebuah model terbaharu, pada tarikh 20hb. Mei 2022 akan datang. Berdasarkan paparan imej di dalam video teaser mengenai model tersebut, berkemungkinan besar ianya merupakan pelancaran Honda Air Blade 2022.
Berdasarkan maklumat terdahulu, Honda Air Blade 2022 serba baharu untuk pasaran Vietnam itu akan dilancarkan dalam dua versi, iaitu dengan enjin 125cc dan 160cc yang menggunakan teknologi terkini eSP+ 4-valve. Reka bentuk model itu juga dijangka akan berubah menjadi lebih sporty, demi memberikan saingan kepada model-model lain.
Selain daripada pasaran Vietnam, Honda Air Blade 125 2022 dan Honda Air Blade 160 2022 dijangka akan turut diperkenalkan di pasaran ASEAN yang lain, dan mungkin juga di pasaran Malaysia. Untuk maklumat yang lebih tepat, sama-samalah kita menantikan pelancaran model ini. Sebelum itu, saksikan beberapa imej teaser model itu di bawah.