Suzuki Intruder 150 merupakan sebuah model cruiser yang tampil bergaya dan sporty. Antara pasaran untuk motosikal tersebut pada ketika ini termasuklah India, Bangladesh dan Vietnam. Terdapat dua varian yang ditawarkan iaitu karburetor dan suntikan bahan api (fuel injection), dan kedua-dua varian itu turut dilengkapi sistem brek dengan ABS.
Suzuki Intruder 150 dilengkapi enjin bersesaran 154.9cc (4-stroke,1-cylinder, air cooled, SOHC, 2-valve) dengan gandingan transmisi manual lima kelajuan. Jumlah kuasa yang dihasilkan oleh enjin itu mencapai 14.8ps @ 8,000rpm, dengan tork 14Nm @ 6,000rpm. Untuk perjalanan yang lebih jauh, ianya dibekalkan tangki bahan api maksimum 11 liter.
Seterusnya, Suzuki Intruder 150 turut dilengkapi paparan panel meter digital, fork depan teleskopik, suspensi belakang tunggal, sistem brek cakera depan dan belakang, lampu belakang LED, muffler ekzos jenis berkembar, tayar depan dan belakang dalam ukuran 100/80-17 dan 140/60R-17, tinggi tempat duduk 740 mm dan berat 148 kg (curb mass).
Untuk peminat motosikal dalam segmen cruiser, Suzuki Intruder 150 ini pastinya pilihan yang sesuai. Namun perlu diakui bahawa model ini tidaklah sepopular mana, dan sebab itulah pasarannya tidak meluas. Namun jika ianya dibawa masuk ke pasaran Malaysia, adakah ianya akan mendapat sambutan hangat daripada peminat motosikal tempatan?