Yamaha TMAX Tech MAX 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, tampil dengan spesifikasi yang lebih tinggi

Untuk pasaran Eropah, Yamaha TMAX 2022 generasi baharu telah diperkenalkan pada penghujung tahun yang lepas. Seperti kebiasaannya, model skuter berprestasi tinggi itu turut didatangkan dalam versi dengan spesifikasi yang lebih tinggi iaitu Yamaha TMAX Tech MAX 2022. Berikut ialah senarai spesifikasi tambahan pada model berkenaan :

2022 Yamaha TMAX Tech MAX Exclusive Key Features

  • Heated seat with improved temperature control
  • Heated grips
  • Electrically adjustable windscreen
  • Cruise control
  • Backlit fluorescent handlebar and centre switches
  • Adjustable rear suspension
  • Premium quality interior
  • 220 kg wet weight

Perbezaan lain ialah Yamaha TMAX Tech MAX 2022 tampil dengan dua pilihan warna eksklusif iaitu Dark Petrol dan Power Grey, termasuk fork depan berwarna emas. Enjin pula kekal sama dengan versi standard, bersesaran 562cc yang menghasilkan 46.93hp @ 7,500rpm dengan tork 55.7Nm @ 5,250rpm, seterusnya dipadankan transmisi CVT.

Galeri : 2022 Yamaha TMAX Tech MAX