Kiden KD150-GK 2022 diperkenalkan di pasaran China, harga jualan bermula dari RM 9,829.55

Di pasaran China, jenama Zontes turut dikenali sebagai Kiden. Antara model terbaharu yang dilancarkan oleh Kiden baru-baru ini ialah Kiden KD150-GK 2022, dalam dua versi iaitu rim aloi aluminium atau rim lidi. Harga jualan bermula dari ¥ 14,800 (RM 9,829.55) untuk versi rim aloi aluminium dan ¥ 15,800 (RM 10,493.71) untuk versi dengan rim lidi.

Kiden KD150-GK mempunyai reka bentuk sebuah model scrambler yang sporty, dalam tiga pilihan warna kesemuanya. Enjinnya bersesaran 149.8cc dengan kuasa maksimum 18.77hp @ 9,250rpm dan tork puncak 16Nm @ 7,500rpm, yang seterusnya dipadankan transmisi enam kelajuan dengan slipper clutch. Kapasiti tangki petrolnya ialah 17 liter.

Pelbagai spesifikasi yang ditawarkan oleh Kiden KD150-GK sangat menarik, contohnya panel meter digital LCD, pelbagai fungsi operasi elektrik yang canggih (electric fuel tank cap, electric seat lock and electric head lock), pelbagai butang pada handlebar, keyless, sistem pemantauan tekanan tayar, dual fast charging USB dan juga sistem lampu LED.

Melangkapkan lagi spesifikasinya ialah fork depan terbalik, brek cakera depan dengan pelindung, brek cakera belakang, ABS dua saluran, one-piece forged handguard, serta tayar all-terrain depan dan belakang masing-masing bersaiz 110/70-17 dan 130/70-17. Untuk pasaran Malaysia pula, setakat ini kita ditawarkan model Zontes ZT155G 2021.