Model sport bike sporty CFMOTO 250SR 2022 kini telah diperkenalkan dengan pilihan warna baharu yang lebih sporty dan agresif iaitu Lava Orange untuk pasaran Malaysia. Sementara itu, dua pilihan warna terdahulu Nebula Black dan Nebula White masih lagi ditawarkan untuk musim 2022. Harga asas ketiga-tiga warna itu ialah RM 16,800.00.
Spesifikasi teknikal yang melengkapi CFMOTO 250SR 2021 masih kekal sama seperti model sebelumnya. Antaranya dikuasakan enjin 249.2cc (single-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC) dengan sistem BOSCH EFI dan dipadankan transmisi enam kelajuan. Janaan kuasa mencapai 27.5hp @ 9,750rpm, dengan tork puncak 22Nm @ 7,500rpm.
Pelbagai spesifikasi menarik yang ditawarkan termasuklah sistem lampu LED, paparan panel meter digital TFT berwarna dengan mod Sport dan Eco, fork depan terbalik, rim aloi aluminium dengan roda berukuran 110/70-R17 (depan) dan 140/60-R17 (belakang), dan sistem brek cakera depan (292mm) dan belakang (220mm) dengan sistem ABS.
CFMOTO 250SR seterusnya dilengkapi tangki bahan api 12 liter, tinggi tempat duduk 780 mm, berat seringan 165 kg, dan turut didatangkan tempoh jaminan selama 2 tahun dengan jarak perbatuan tanpa had. Untuk melihat model tersebut dengan warna baharu Lava Orange dan menempahnya, anda boleh kunjungi cawangan pengedar terdakat.