Kali terakhir model moped Yamaha Y15ZR V2 di pasaran Malaysia menerima kemaskini warna terbaharu ialah pada bulan November 2020 yang lepas. Hari ini, akhirnya model berkenaan telah muncul semula dengan empat pilihan warna dan corak grafik terbaharu untuk musim 2022, dalam pilihan warna menarik Hijau, Cyan, Biru dan juga Kelabu.
Selain daripada pilihan warna terbaharu, spesifikasi teknikal dan ciri-ciri Yamaha Y15ZR V2 2022 adalah sama seperti mana versi tahun 2020/2021. Harga jualan asasnya pula setakat ini belum diumumkan, namun dijangka sama seperti sebelumnya RM 8,168.00, atau mungkinkah akan ada kenaikan? Kita tunggu siaran akhbar rasmi daripada HLYM.
Artikel lengkap di sini :