Salah sebuah model moped terhangat di pasaran Malaysia pada ketika ini ialah Suzuki Raider R150 Fi 2022, yang baru saja dilancarkan dalam bulan Mac 2022 yang lepas. Berdasarkan pemerhatian di dalam laman sosial, kini semakin ramai peminat motosikal tempatan yang telah berjaya memiliki model berprestasi dan berkelajuan tinggi itu.
Namun begitu dengan hanya dua pilihan warna sahaja ditawarkan buat masa ini, sudah terdapat pemilik Raider R150 Fi yang sedang berkira-kira untuk menukarkan cover set lengkap motosikal mereka itu dengan cover set baharu, seperti mana yang ditawarkan di pasaran negara-negara ASEAN yang lain, antaranya seperti di pasaran Vietnam.
Oleh itu bagi memudahkan pilihan pemilik Suzuki Raider R150 Fi di pasaran tempatan, di sini Arena Motosikal siarkan galeri gambar-gambar menarik Suzuki Raider R150 Fi di pasaran Vietnam, bermula dari tahun 2019 sehingga 2021. Pastinya boleh memberikan inspirasi, seterusnya dapat membuat pilihan cover set yang paling diminati dan tepat.
Seperti mana kebiasaannya, cover set Suzuki Raider R150 Fi di pasaran Vietnam boleh diimport dan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, seterusnya dijual dengan harga yang berpatutan. Jika terdapat banyak permintaan dan laris, sudah tentu para peniaga cover set tersebut akan menawarkan lebih banyak pilihan yang lebih menarik dan terkini.