Klon model moped Honda Winner X muncul di pasaran China

Honda Winner X di pasaran Vietnam dan Honda RS-X di pasaran Malaysia merupakan sebuah model moped 150cc yang mempunyai ramai peminat. Oleh kerana popularitinya yang begitu tinggi, akhirnya kini sudah terdapat model klon Honda Winner X di pasaran China. Penampilannya sangat mirip, namun mempunyai beberapa perbezaan ketara.

Antaranya melibatkan enjin jenis tegak yang besar kemungkinan menggunakan sistem sejukan jenis udara, perbezaan cakera brek depan, selain beberapa perbezaan lainnya yang sekali pandang kelihatan agak sukar untuk dibezakan. Kapasiti enjinnya setakat ini tidak dapat dipastikan, mungkinkah akan sama seperti model model Rato SVR180?

Sumber : Vanhoe Rage FB