MForce TV siarkan video teaser sebuah model terbaharu, adakah ianya skuter dengan enjin di bawah 175cc?

WMoto Malaysia (MForce Bike) bakal melancarkan sebuah model terbaharu tidak lama lagi untuk pasaran tempatan. Setakat ini sebuah video teaser mengenai model tersebut telah disiarkan di dalam laman Facebook MForce TV, yang memaparkan lampu depan LED dan lampu signal yang menyala dengan terang, dengan kapsyen ‘Akan Datang’.

Berdasarkan paparan video berkenaan, jangkaan model yang akan dilancarkan itu ialah sama ada sebuah model skuter dengan enjin di bawah 175cc atau pun di bawah 250cc. WMoto Malaysia sebelum ini dikatakan bakal melancarkan dua model skuter terbaharu, yang pertama dapat dilihat melalui artikel ini, dan kedua pula ialah melalui artikel ini.

Pada pendapat anda, model skuter yang mana satukah akan dilancarkan nanti? Setiap model skuter tersebut mempunyai kelebihan masing-masing. Yang penting ialah harga jualan yang ditawarkan nanti perlulah berpatutan, kerana ianya akan menjadi faktor dan pertimbangan utama setiap bakal pembeli. Setakat ini, nantikan pelancaran rasminya.