Pada bulan Disember 2021 yang lalu, peminat motosikal tempatan dikejutkan dengan penampakan dua buah unit ujian model moped terbaharu, yang mana ianya dipercayai merupakan model ujian Yamaha 135LC V8 2022 versi facelift dan naik taraf terbaharu. Model itu dijangka akan dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor tidak lama lagi.
Terkini, lagi imej penampakan unit ujian model tersebut telah disiarkan di dalam laman sosial Facebook, dalam resolusi yang agak jelas. Apa yang kelihatan ialah sistem brek cakera depan dan belakang tanpa ABS, lampu belakang baharu mengikut gaya rekaan model Yamaha Y16ZR, rim roda baharu yang lebih sporty dan gear tanpa klac tangan.
Setakat ini tarikh pelancaran model Yamaha 135LC V8 2022 terbaharu ini masih belum dapat dipastikan dengan tepat, namun kebiasaannya ianya tidak akan mengambil masa terlalu lama sejurus penampakan unit ujiannya di jalan raya. Besar kemungkinan ianya akan dilancarkan dalam suku keempat tahun ini, jadi sama-samalah kita nantikannya.
Sumber : Hasrul Nizam via Arena Motosikal Page