Selepas Vietnam, Honda Winner X 2022 versi facelift terbaharu kini ditawarkan di pasaran Kemboja

Model moped terbaharu Honda Winner X 2022 secara rasminya dilancarkan di pasaran Vietnam pada tarikh 23hb. Disember 2021. Kini selepas sebulan, model tersebut masuk pula ke pasaran Kemboja (Cambodia) pada tarikh 22hb. Januari 2022, menurut sumber daripada laman Facebook beberapa wakil penjual model itu di negara berkenaan.

Melihat kepada laman sesawang rasmi Honda Cambodia NCX pula, tiada paparan yang tertera mengenai pelancaran model Honda Winner X 2022. Ini bermakna ianya dibawa masuk oleh wakil penjual secara bebas ke pasaran Kemboja, tanpa sebarang halangan daripada Honda Cambodia NCX. Oleh kerana Kemboja bersempadan dengan Vietnam, penghantaran model tersebut dari negara Vietnam boleh dilakukan dengan pantas.

Untuk pasaran Malaysia, nampaknya peminat Honda Winner X 2022 perlu menunggu sehingga Honda RS-X versi facelift terbaharu dilancarkan secara rasmi, mungkin pada tahun depan atau pada tahun seterusnya. Namun percayalah, cover set lengkap Honda Winner X 2022 bakal tiba di pasaran Malaysia tidak lama lagi, termasuklah sistem kunci Honda Smart Key dan port pengecas USB, untuk dipadankan terhadap Honda RS-X.

Di bahagian enjin, Honda Winner X 2022 masih mengekalkan enjin yang sama seperti model sebelumnya. Enjin berkapasiti 149.1cc (PGM-FI, 4-stroke, DOHC, single cylinder, liquid-cooled) dengan padanan transmisi enam kelajuan itu mampu menawarkan kuasa maksimum 15.4hp (11.5 kW) @ 9,000rpm, dengan tork puncak 13.5Nm @ 6,500rpm.

Sumber : 1, 2 & 3

Artikel berkaitan :