Yamaha YZF-R3 2022 di pasaran USA terima kemaskini warna baharu, harga $5,299.00

Untuk pasaran USA, model sport bike Yamaha YZF-R3 2022 telah pun rasmi berada di pasaran negara tersebut mulai bulan Disember tahun lepas. Untuk musim 2022, model sporty itu kini menerima kemaskini dua pilihan warna terbaharu Team Yamaha Blue dan Midnight Black, dengan harga jualan sebanyak $5,299.00, bersamaan RM 22,147.17.

Yamaha YZF-R3 2022 kekal dikuasakan enjin berkapasiti 321cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC inline twin-cylinder; 4-valves percylinder) dengan transmisi enam kelajuan, yang menghasilkan kuasa maksimum 42PS @ 10,750 rpm dengan tork setinggi 29.5 Nm @ 9,000rpm. Model dengan berat 169 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki petrol 14 liter.

Beralih ke bahagian sistem suspensi, ianya terdiri daripada gandingan fork depan jenis terbalik dan monoshock di bahagian belakang, dengan ciri ‘adjustable preload’. Yamaha YZF-R3 2022 seterusnya dilengkapi brek cakera depan tunggal (298mm hydraulic disc) dan brek cakera belakang tunggal (220mm hydraulic disc), dengan ABS Dual Channel.

Tayar depan dan belakangnya mempunyai ukuran 110/70-R17 dan 140/70-R17, tempat duduk dengan ketinggian 780 mm, dan ianya turut dilengkapi paparan instrumen digital moden pelbagai informasi dan lampu depan dan belakang LED. Untuk pasaran Eropah, Yamaha YZF-R3 2022 turut tampil dengan pilihan warna sama seperti di pasaran USA.

Galeri : Yamaha YZF-R3 2022 (USA)

Galeri : Yamaha YZF-R3 2022 (Europe)