Yamaha Motor Co., Ltd. pada tarikh 19hb. Januari 2021 telah memperkenalkan sebuah model skuter elektrik untuk pasaran Taiwan, dikenali dengan nama Yamaha EMF 2022. Bakal berada di pasaran Taiwan secara rasmi mulai Mac 2022, ianya merupakan model skuter elektrik kedua Yamaha di pasaran Taiwan dengan sistem bateri boleh tukar.
Yamaha EMF merupakan hasil kerjasama antara Yamaha dan Gogoro Inc. Casis model itu direka oleh Yamaha Motor R&D Taiwan Co., Ltd. berasaskan Gogoro Design Kit, dan ianya akan dikeluarkan dan dipasarkan oleh Yamaha Motor Taiwan Co., Ltd. EMF bakal menggunakan rangkaian stesen tukar bateri GoStation milik Gogoro Energy Network.
Yamaha EMF menawarkan kuasa maksimum 10.3PS @ 3,000rpm dengan tork puncak 26Nm @ 2,500rpm. Ciri-ciri menarik yang melengkapi model skuter elektrik futuristik itu termasuklah paparan smart meter dengan full LED backlit, kad pengaktifan NFC, casis yang ringan, brek cakera depan dan belakang yang mantap, lengan ayun rekaan terkini, rim aloi aluminium dengan saiz tayar 100/90-10 dan 130/70-10, dan aplikasi eksklusif.
Tinggi tempat duduk Yamaha EMF ialah 785 mm, manakala beratnya mencapai 114 kg (termasuk 2 bateri utama), atau 93 kg (tidak termasuk bateri utama). Di pasaran Tawain, Yamaha EMF 2022 ditawarkan dengan harga sebanyak TWD 102,800, iaitu bersamaan RM 15,532.24. Model skuter elektrik itu seterusnya tersedia dalam tiga pilihan warna.