Model sportbike berprestasi tinggi Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 mula ditawarkan untuk pasaran domestik Jepun sejak bulan September 2021 yang lepas, dalam tiga versi dan pilihan warna iaitu Standard (Metallic Spark Black), SE (Metallic Matte Graphene Steel Gray / Metallic Spark Black), dan termasuklah SE KRT Edition (Lime Green / Ebony).
Kini model berkenaan telah menerima tambahan satu pilihan warna baharu yang cukup menarik iaitu Metallic Matte Twilight Blue / Metallic Matte Fusion Silver, dan bakal dijual di pasaran Jepun secara rasmi mulai tarikh 01hb. Februari 2022. Pilihan warna tersebut ialah untuk versi SE, dengan harga jualannya sebanyak 935,000 Yen (RM 34,288.83).
Untuk versi SE KRT Edition, ianya juga dijual pada harga 935,000 Yen (RM 34,288.83), manakala harga jualan versi Standard ialah 847,000 Yen (RM 31,061.65). Sebab-sebab kenapa versi Standard berharga lebih rendah ialah kerana ianya tidak dilengkapi Quick Shifter (UP/DOWN), Windshield (smoke), Frame Slider (left and right set), USB Power Socket dan Wheel Rim Tape. Versi Standard juga tidak dilengkapi Pillion Seat Cover.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 di pasaran Jepun kekal dikuasakan enjin 249.8cc (liquid-cooled, 4-stroke in-line four, DOHC, 16 valves), yang mampu menjana sehingga 45PS @ 15,500rpm (46PS dengan Ram Air) dengan tork maksimumnya 21Nm @ 13,000rpm. Enjin tersebut dipadankan transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch.
Di pasaran Indonesia, Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 ditawarkan dengan pilihan warna baharu Passion Red / Pearl Blizzard Red, dan sehingga kini ianya eksklusif hanya untuk pasaran negara tersebut sahaja. Untuk pasaran Malaysia, antara sebab kenapa model sporty ini masih belum dilancarkan ialah kerana harganya yang menjangkau RM 40k.
Sumber gambar : Kawasaki1ban.com
Artikel berkaitan :