Salah sebuah model motosikal klasik yang tampil menawan dan elegan pada ketika ini ialah Jawa Perak 350 2022. Model tersebut kini telah pun rasmi dilancarkan di pasaran Greece, dengan harga jualan 7,575 Euro, bersamaan nilai RM 36,325.91. Namun untuk pasaran India, model tersebut dijual pada harga ₹ 2,06,187 (RM 11,658.84) sahaja.
Jawa Perak 350 dilengkapi enjin empat lejang satu silinder 335cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair, dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Enjin yang turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api elektronik dan patuh piawaian emisi Euro 5 itu mampu menjana kuasa maksimum 35bhp dengan tork maksimum setinggi 35Nm.
Ciri-ciri lain yang melengkapi Jawa Perak 350 termasuklah kerangka jenis double cradle tubular, fork depan teleskopik, suspensi belakang mono boleh laras, sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, tempat duduk jenis tunggal dengan ketinggian 750 mm, tayar depan dan belakang bersaiz 100/90-18 dan 140/70-17, dan berat 175 kg (kerb weight).
Untuk pasaran Malaysia, Jawa Perak 350 ini dirasakan mempunyai nilai pasaran yang tersendiri, bergantung kepada kekuatan namanya yang unik, reka bentuk yang bergaya, dan prestasi enjin yang memuaskan. Jika ada syarikat tempatan yang membawa model ini masuk dengan harga berpatutan, tentu ianya akan menerima sambutan hangat.
Sumber : bikeit.gr