Benda Motorcycle dari negara China sebelum ini telah menyiarkan imej teaser tiga buah model motosikal terbaharu yang bakal dilancarkan pada masa akan datang. Salah satu daripadanya ialah sebuah model sportbike full fairing yang diberi nama Benda VTR-300 Turbo. Adakah model berkenaan sama seperti paparan di dalam imej seperti di atas?
Jika model motosikal yang dipaparkan dalam imej lakaran seperti di atas adalah model Benda VTR-300 Turbo, bermakna syarikat pengeluar motosikal itu boleh dipuji, kerana telah berjaya berjaya menghasilkan suatu rekaan baharu yang kelihatan begitu sporty dan agresif. Lebih luar biasa jika model tersebut benar-benar dilengkapi sistem turbo.
Setakat ini tiada maklumat lengkap mengenai spesifikasi enjin Benda VTR-300 Turbo, termasuk tarikh pelancarannya di pasaran China nanti. Mungkin model berkenaan akan dilancarkan pada tahun ini juga, atau pada tahun hadapan. Benda Motorcycle ketika ini menawarkan beberapa buah motosikal yang menarik, antaranya LFC700 dan LFS700.
Sumber gambar : Vanhoe Rage FB & bennetts.co.uk