Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA GP Version 2022 di pasaran Vietnam

Yamaha Motor Vietnam baru-baru ini telah memperkenalkan skim warna baharu untuk model moped popular Yamaha Exciter 155 VVA 2022, dalam versi GP, Premium dan juga Standard. Untuk model GP Version, anda boleh saksikan gambar-gambar menarik di dalam galeri di bawah, kali ini disiarkan dalam resolusi yang lebih tinggi dan jelas.

Yamaha Exciter 155 VVA GP Version 2022 untuk pasaran Vietnam ini boleh dikatakan tampil lebih sporty dan lebih segar berbanding versi GP sebelumnya, apabila ianya kini mengadunkan beberapa warna yang lebih menyerlah termasuk biru dan cyan. Rekaan jalur grafik terkininya juga kelihatan lebih kemas dan lebih sporty apabila dipandang.

Untuk pasaran Vietnam, Yamaha Exciter 155 VVA GP Version 2022 ditawarkan dengan harga jualan sebanyak VND 50,790,000, bersamaan RM 9,306.77 mengikut nilai kadar semasa. Walaupun tidak pasti bilakah warna GP Version terbaharu ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia, cover set lengkapnya boleh saja diimport terus dari Vietnam.