Honda RS-X 2021 akhirnya telah pun sampai ke bilik pameran wakil pengedar dan kedai motosikal yang terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia, bermula dari utara sehinggalah ke selatan tanah air. Menurut maklumat terkini yang diterima daripada pihak wakil penjual, tempahan untuk model moped itu pada ketika ini sangatlah memberangsangkan.
Untuk anda yang mungkin tidak sempat berkunjung ke mana-mana cawangan pengedar Boon Siew Honda yang baru saja menerima kumpulan pertama (first batch) Honda RS-X 2021 ini, anda boleh saksikan gambar-gambar menariknya di sini, yang telah dirakamkan sebentar tadi di kedai motosikal Swee Huat Motor Sdn. Bhd. di Pengkalan Hulu, Perak.
Apabila dilihat secara langsung dari jarak yang dekat, ternyata penampilan model tersebut sangatlah sporty dan kelihatan gagah. Ketiga-tiga pilihan warna yang ditawarkan kelihatan begitu terang dan menonjol sekali, terutamanya warna hijau fluorescent. Namun mungkin pilihan warna Trico yang menjadi ‘trademark’ Honda akan menjadi pilihan ramai peminat.
Untuk pasaran Malaysia, Honda RS-X 2021 ditawarkan dengan harga asas RM 8,688.00 sahaja. Ianya merupakan versi terkini Honda Winner X yang dijual di pasaran Vietnam, namun tampil dengan beberapa perubahan eksklusif. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh membaca beberapa artikel terdahulu melalui pautan yang disediakan di bawah.
-
Honda RS-X 2021 secara rasminya dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 8,688.00
-
Selepas pelancarannya, Honda RS-X 2021 hampir mencapai ekspektasi ramai peminat motosikal tempatan
-
Honda RS-X 2021 – harga tunai OTR kini mencecah RM 11k?