KTM hari ini secara rasminya memperkenalkan barisan model KTM RC 2022 terbaharu yang ditunggu-tunggu – KTM RC 125 2022, KTM RC 200 2022 dan KTM RC 390 2022. Ketiga-tiga model berkenaan kini tampil dengan gaya rekaan serba baharu sepenuhnya yang pastinya lebih sporty dan garang berbanding model generasi sebelumnya.
Menurut KTM, fokus pembangunan KTM RC 2022 antaranya termasuklah peningkatan ciri aerodinamik, pengurangan berat, naik taraf sistem suspensi, meningkatkan prestasi dan keselesaan tunggangan agar ianya lebih praktikal untuk kegunaan seharian, selain menaik taraf enjin dengan kuasa tork yang lebih tinggi dan patuh piawaian Euro 5.
Barisan model KTM RC 125 2022, KTM RC 200 2022 dan KTM RC 390 2022 dikatakan boleh didapati di pasaran Eropah mulai bulan Mac 2022. Untuk pasaran Malaysia, ianya dijangka paling awal akan ditawarkan pada tahun depan, untuk model RC 200 dan juga RC 390. Setakat ini, saksikan dahulu galeri model-model tersebut seperti di bawah.
Galeri : 2022 KTM RC 125
Galeri : 2022 KTM RC 200
Galeri : 2022 KTM RC 390