BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model skuter maxi terbaharu BMW C 400 X 2021. Skuter maxi itu dilancarkan bersama-sama sebuah lagi model yang hampir sama iaitu BMW C 400 GT 2021, namun dengan harga jualan yang sedikit tinggi sebanyak RM 48,500.00, tidak termasuk kos perlindungan insuran.
Apa yang membezakan di antara BMW C 400 X dan BMW C 400 GT ialah dari aspek reka bentuk, terutamanya pada bahagian hadapan, papan pemuka, tempat duduk, dan juga lampu belakang. Sekali pandang, penampilan kedua-dua model tersebut kelihatan mirip, namun model GT tampil lebih premium dengan pilihan tiga warna yang menarik.
Aspek spesifikasi teknikal pada kedua-dua model adalah sama, yang mana BMW C 400 GT turut dikuasakan enjin 350cc (water-cooled, single-cylinder, four-stroke, four valves per cylinder) bertaraf Euro 5 dengan padanan transmisi CVT. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 34PS @ 7,500rpm, dengan tork puncak 35Nm @ 5,750rpm.
Spesifikasi lain yang melengkapi model tersebut ialah tangki bahan api 12.8 liter, sistem brek cakera dengan ABS, fork depan teleskopik 35 mm, suspensi belakang berkembar (adjustable preload), tinggi tempat duduk 775 mm, roda depan dan belakang berukuran 120/70-R15 dan 150/70-R14, serta berat (unladen weight) 214 kg (berat kering 202 kg).
BMW C 400 GT turut didatangkan kelengkapan standard seperti sistem Ride by Wire, Self calibrating ASC (Automatic Stability Control), sistem lampu LED sepenuhnya, soket pengecas 12V dan USB, ruang di bawah tempat duduk yang luas (volume 31 l, 45 l with Flexcase), Keyless Ride, tongkat tengah dan sistem ekzos sporty jenis stainless steel.
Bagi kelengkapan pilihan yang ditawarkan, ianya adalah seperti pakej Comfort (heated grips and heated seat), BMW Motorrad Connectivity (TFT colour display, multi-controller and associated apps), LED daytime riding light, dan juga ciri keselamatan iaitu Anti-theft alarm system. Lebih dari itu, pelbagai pilihan aksesori yang menarik turut ditawarkan.