Adakah ini lakaran Yamaha Y16ZR versi facelift terbaharu?

Baru-baru ini, terlihat penampakan sebuah model terbaharu Yamaha yang sedang diuji di jalan raya, dengan penampilan terkini pada bahagian depannya. Model itu sama ada Yamaha YZF-R15 2022 atau Yamaha YZF-R25 2022 serba baharu, masih belum dapat dipastikan dengan jelas. Yang pasti, terdapat perubahan besar yang cukup menarik.

Perubahan tersebut melibatkan lampu depan yang mengambil inspirasi daripada model terbaharu Yamaha YZF-R7 2022, yang mana lampu utama LED tunggal kini diapit oleh dua lampu posisi LED di bahagian kiri dan kanannya. Wajah depan terbaharu itu boleh dikatakan cukup sporty, dan bagaimana pula jika ianya digunakan pada model moped?

Oleh itu berdasarkan kemungkinan bahawa gaya rekaan lampu depan seperti itu akan turut diterapkan pada model Yamaha Y16ZR pada masa akan datang, maka terhasillah lakaran awal Yamaha Y16ZR versi facelift terbaharu oleh pelukis Julak Sendie Design. Terbukti rekaan lampu depan mirip Yamaha YZF-R7 itu kelihatan cukup menarik sekali.

Sememangnya tidak mustahil bahawa model Yamaha Y16ZR atau Yamaha Exciter 155 VVA akan menerima versi facelift terbaharu dalam tempoh beberapa tahun lagi. Kitaran tersebut adalah normal untuk sesebuah model motosikal. Pastinya penampilan baharu Yamaha Y16ZR itu nanti akan menjadi lebih agresif dan sporty, seperti lakaran di atas.