KTM RC 390 2022 kini terdedah, terima gaya rekaan baharu sepenuhnya

Model sport bike KTM RC 390 versi 2020 / 2021 di pasaran ketika ini bakal digantikan dengan model terbaharu pada tahun depan, yang kini tampil berubah sepenuhnya. Buat masa sekarang penampilan sebenar model untuk musim 2022 itu telah pun terdedah di dalam internet, kini tampil lebih sporty dan padat, lengkap dengan ciri-ciri lebih moden.

Kerana ianya masih baru, tentu ada yang akan membandingkan rekaan terbaharunya itu dengan model generasi sebelumnya. Namun percayalah, pasti ramai yang bersetuju bahawa KTM RC 390 2022 generasi terbaharu ini kelihatan lebih segar, dengan rekaan yang boleh diterima oleh ramai orang, terutamanya pada bahagian lampu depannya.

Lebih menarik lagi ialah gaya rekaan seperti ini mungkin juga akan diterapkan kepada model KTM RC 200, yang pastinya sangat dialu-alukan oleh ramai peminatnya. Ketika ini masih belum dapat dipastikan bilakah KTM RC 390 2022 ini akan dilancarkan secara rasmi di pasaran global, namun ianya dijangka akan berlangsung dalam masa terdekat.

Sumber gambar : IndianAutosBlog