Yamaha BW’S atau Yamaha Zuma 125 tampil dengan reka bentuk unik dan tersendiri, dengan kemampuan untuk meredah laluan yang sukar dan mencabar. Disebabkan ciri-cirinya yang menarik itu, sudah tentu ianya mempunyai nilai pasaran yang luas. Namun pasaran model tersebut agak terhad dan tidak semua peminat mampu memilikinya.
Mungkin disebabkan itulah pengeluar dari China ini telah menawarkan model klon untuk Yamaha Zuma 125, dengan reka bentuknya saling tidak tumpah berbanding model asal. Lebih menarik, enjinnya bersesaran 149.6cc (empat lejang, satu silinder, sejukan udara) dengan transmisi CVT, yang menjana 8.5hp @ 7,500rpm dan tork 9.2Nm @ 5,500rpm.
Ciri-ciri menarik lain yang melengkapi model klon tersebut termasuklah tangki bahan api 6.0 liter, sistem brek cakera depan dan belakang, ketinggian pelana 810 mm, saiz tayar depan dan belakang 120/70-12, dan berat hanya 133 kg (gross weight). Yamaha Zuma 125 versi klon ini kini bersedia untuk dipasarkan di serata dunia pada harga berpatutan.