Spyshot : Yamaha YZF-R15 V4 2022 bakal dilengkapi lampu depan mirip Yamaha YZF-R7

Model sport bike Yamaha YZF-R15 V3 2021 dengan pilihan warna terbaharu telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia dalam bulan April yang lepas. Selepas ini bagi model tahun 2022, ianya dijangka akan dilancarkan sebagai model terbaharu Version 4.0 atau V4, dan bakal muncul dengan penampilan serba baharu yang lebih sporty dan agresif.

Buktinya ialah melalui beberapa video yang disiarkan di dalam laman YouTube, yang memperlihatkan model tersebut sedang diuji di jalan raya di India. Melalui video terbaru yang dimuatnaik oleh channel Mad about Bikes, terlihat dengan jelas bahawa Yamaha YZF-R15 V4 2022 akan menggunakan lampu depan mirip model Yamaha YZF-R7.

Penampilan terbaharu Yamaha YZF-R15 V4 2022 ini sememangnya lebih menarik dan segar berbanding versi V3. Kemungkinan besar ianya juga akan menerima naik taraf di bahagian enjin bagi meningkatkan lagi prestasinya. Diharapkan HLYM tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk melancarkannya di pasaran Malaysia pada tahun depan.