Salah sebuah model motosikal keluaran Yamaha yang ditawarkan di pasaran India ialah Yamaha FZ 25. Terkini, India Yamaha Motor Pvt. Ltd. telah menawarkan versi terbaharu untuk model berkenaan, dalam skim warna Monster Energy Yamaha MotoGP Edition. Untuk pasaran India, harga jualannya adalah sebanyak Rs. 1,36,800 (RM 7,762.32).
Yamaha FZ 25 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2021 merupakan pilihan warna terkini selepas warna Racing Blue dan Black Metallic. Aspek teknikal masih kekal sama, dikuasakan enjin 249cc (air-cooled, SOHC, 4-stroke, fuel-injection, 5-speed), dengan kuasa maksimum 20.8PS (15.3kW) @ 8,000rpm dan tork puncak 20.1Nm @ 6,000rpm.
Yamaha FZ 25 dilengkapi tangki bahan api 14 liter, sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, suspensi belakang dengan ciri pelarasan tujuh tahap, tayar belakang lebar 140 mm, tinggi tempat duduk 795 mm, tongkat sisi dengan ciri ‘In-Built Side Stand Engine cut-off Switch’, dan mempunyai berat keseluruhan motosikal pada angka hanya 153 kg.
Pelbagai ciri-ciri menarik lain yang melengkapi Yamaha FZ 25 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition 2021 ini termasuklah ‘Multi-Function Negative LCD Instrument Cluster’, ‘LED Day Time Running Lamp’, ‘Class D Bi Functional LED Headlight’, ‘Under Cowling’, dan juga sistem ekzos sporty dengan kelengkapan ‘Advanced Midship Muffler Cover’.