Yamaha Bolt R Spec ABS 2021 terima warna baharu untuk pasaran Jepun, harga bersamaan RM 39,296.49

Pada tarikh 08hb. Jun 2021 baru-baru ini, jualan Yamaha Bolt R Spec ABS 2021 untuk pasaran domestik Jepun telah pun bermula secara rasmi. Untuk musim jualan tahun ini, model tersebut telah menerima dua warna baharu iaitu Blue dan Black. Harga jualannya yang ditetapkan pula ialah sebanyak 1,045,000 Yen, bersamaan nilai RM 39,296.49.

Yamaha Bolt R Spec ABS 2021 dikuasakan enjin bersesaran 941cc (V-type, 2-cylinders, air-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve), yang dipadankan dengan transmisi lima kelajuan. Jumlah keluaran kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut mencapai tahap yang memuaskan iaitu 54PS @ 5,500rpm, dengan tork maksimum 80Nm @ 3,000rpm.

Spesifikasi teknikal yang melengkapi Yamaha Bolt R Spec ABS ini adalah seperti tangki bahan api 13 liter, fork depan teleskopik 41 mm, suspensi belakang berkembar dengan tangki berwarna emas, sistem brek cakera dengan ABS, lampu depan dilengkapi lampu posisi, panel meter jenis bulat, dan lampu belakang LED yang juga berbentuk bulat.