Kawasaki Rouser RS200 FI 2021 terima kemaskini skim warna baharu dan sistem brek ABS di pasaran Filipina

Untuk pasaran Filipina, Kawasaki baru-baru ini telah memperkenalkan model naked Kawasaki Rouser NS200 FI 2021, yang tampil dengan skim warna baharu dan sistem brek ABS. Di samping itu, model full fairing Kawasaki Rouser RS200 FI 2021 juga telah diperkenalkan, dan turut menerima skim warna baharu dan sistem brek dengan ABS.

Kawasaki Rouser RS200 FI 2021 didatangkan dalam skim warna kelabu dan hitam, dan ianya berlainan dengan skim warna putih dan hitam pada model Rouser NS200 FI. Bagi sistem brek ABS pula, model naked Rouser NS200 FI menerima sistem brek ABS satu saluran sahaja, manakala Rouser RS200 FI dilengkapi sistem brek ABS dua saluran.

Sistem penjana kuasa Kawasaki Rouser RS200 FI 2021 mempunyai sesaran 199.5cc (4-stroke, Fuel Injected, SOHC, Liquid-cooled, DTS-i), yang kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan. Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut ialah 24.13hp @ 9,750rpm, dengan tork puncak 18.7Nm @ 8,000rpm.

Spesifikasi lain yang melengkapi Rouser RS200 FI 2021 termasuklah fork depan jenis teleskopik, suspensi belakang monoshock Nitrox, lampu hadapan projektor berkembar, lampu belakang LED, dan tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 13 liter. Harga jualan yang ditawarkan adalah sebanyak PHP 133,900.00, bersamaan RM 11,429.63.