Untuk pasaran Malaysia, WMoto menawarkan sebuah model kapcai yang tampil sporty sejak penghujung tahun 2019 yang lalu. Ianya dikenali dengan nama WMoto WM110, didatangkan dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu Biru, Merah dan Hitam. Harga terkininya menurut sumber dari laman Mudah.my adalah sekitar RM 3,200.00 sahaja.
WMoto WM110 dilengkapi enjin bersesaran 109cc (single-cylinder, air-cooled, 4-stroke) yang patuh piawaian emisi Euro 3, dan menawarkan kuasa maksimum 7.10hp @ 8,000 rpm dengan tork maksimum 7.2Nm @ 6,000 rpm. Enjin tersebut dipadankan transmisi empat kelajuan yang lancar. Sistem penghidupnya daripada jenis tendang dan elektrik.
Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi WMoto WM110 termasuklah enjin yang cekap penggunaan bahan api, sistem kunci dengan ciri keselamatan, sistem brek depan jenis cakera, sistem lampu yang memenuhi piawaian standard Euro, sepasang tayar tanpa tiub yang lebih selamat, dan penyerap hentak belakang berkualiti daripada Kayaba.
Untuk ketenangan minda pemiliknya, WMoto WM110 turut didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tempoh 2 tahun atau jarak perjalanan 20,000 km, yang mana tiba dahulu. Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh dapatkannya melalui paparan brosur dalam galeri di bawah, atau berkunjung ke mana-mana wakil pengedar yang terdekat.