Yamaha RX-Z 135 2008 untuk dijual, versi terpakai satu pemilik, harga tunai RM 26,800.00 OTR

Model motosikal bertaraf legenda di pasaran Malaysia iaitu Yamaha RX-Z 135 keluaran tahun 2008, baru-baru ini telah ditawarkan untuk jualan oleh ICITY Motoworld Sdn Bhd. Harga jualan yang ditawarkan untuk model RX-Z versi terpakai dengan satu pemilik dan jarak perbatuan 20,000 km itu adalah sebanyak RM 26,800.00 sahaja (tunai OTR).

Menurut maklumat yang tertera di dalam laman Facebook rasmi milik ICITY Motoworld, antaranya ialah model tersebut merupakan sebuah model standard sepenuhnya 100 %, dan boleh dibeli secara ansuran kedai dengan bayaran deposit RM 12,800.00. Bayaran bulanan yang ditetapkan ialah sebanyak RM 425.00 bagi tempoh sehingga 5 tahun.

Antara sebab kenapa harga Yamaha RX-Z meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun yang lepas di pasaran tempatan ialah kerana terdapat pembeli yang menawarkan harga yang tinggi, demi mendapatkan model motosikal dua lejang yang diidam-idamkan itu. Berdasarkan teori domino, harga Yamaha RX-Z akhirnya mengalami peningkatan.

Melihat kepada komen-komen yang telah dilontarkan oleh peminat motosikal tempatan di dalam ruangan status iklan Yamaha RX-Z itu di dalam FB ICITY Motoworld, ramai yang tidak berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Namun hakikatnya ialah model tersebut hanya ditawarkan untuk peminat tegar sahaja yang sanggup untuk membeli.

Sumber : ICITY Motoworld Sdn Bhd FB

Artikel menarik yang berkaitan :