Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) bakal melancarkan Yamaha NMAX 2021 terbaharu tidak lama lagi, berdasarkan paparan imej brosur rasmi model skuter tersebut yang terdedah di dalam media sosial. Berbanding model sebelumnya, ianya kini tampil dengan pilihan dua warna terbaharu yang lebih sporty iaitu Icon Grey dan Power Grey.
Bagaimanapun tidak seperti Yamaha NMAX versi terkini di pasaran negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Thailand, Yamaha NMAX 2021 untuk pasaran Malaysia didapati masih belum menawarkan ciri-ciri canggih iaitu sistem sambungan Yamaha Y-Connect, Smart Key System, sistem brek dual-channel ABS dan TCS (Traction Control System).
Spesifikasi dan ciri-ciri teknikal lain adalah sama, seperti mana yang melengkapi model Yamaha NMAX 2020 yang dilancarkan pada Disember 2020 yang lalu. Untuk maklumat harga terkini, kita perlu menunggu pengumuman rasmi daripada pihak HLYM tidak lama lagi. Tanpa sistem Yamaha Y-Connect, apa pendapat anda mengenai NMAX 2021 ini?
Sumber : Shin Hup Hing Motor Sdn Bhd FB
Artikel berkaitan :