Benelli Leoncino Neo Classic 2021 di pasaran Thailand

Untuk pasaran Thailand, Benelli telah menawarkan model istimewa Benelli Leoncino Neo Classic 2021, yang tampil dengan skim warna dan jalur grafik yang lebih menarik. Dua versi ditawarkan untuk model tersebut iaitu Standard dan Trail, yang mana kedua-duanya dibezakan melalui penggunaan jenis tayar, pilihan warna dan sistem brek.

Benelli Leoncino Neo Classic versi Standard boleh didapati dalam pilihan warna Merah dan Hitam, manakala untuk versi Trail ianya tersedia dalam pilihan warna Merah, Hijau dan Hitam. Jalur grafik pada bahagian sisi tangki minyak dan tempat duduk dengan rekaan yang lebih bergaya telah menjadikan penampilan model tersebut lebih elegan.

Ciri-ciri menarik yang melengkapi model tersebut antaranya termasuklah panel meter digital sepenuhnya, sistem lampu LED, fork depan USD, suspensi belakang boleh laras prabeban, sistem brek cakera dengan ABS, kapasiti tangki petrol seluas 12.7 liter, dan enjin 500cc dua silinder berkuasa dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan.