Bajaj Pulsar NS125 2021 dilancarkan di pasaran India, harga RM 5,235.72

Dalam bulan April yang lepas, Bajaj telah melancarkan sebuah model terbaharu iaitu Bajaj Pulsar NS125 2021 untuk pasaran India. Model naked tersebut mempunyai empat pilihan warna iaitu Orange, Burnt Red, Pewter Grey dan juga Saffire Blue. Harga jualan yang ditawarkan pula adalah sebanyak INR 93,818, bersamaan nilai RM 5,235.72.

Bajaj Pulsar NS125 dikuasakan enjin bersesaran 124.45cc (4 – stroke, SOHC 2-Valve, Air Cooled, BSVI Compliant DTS-i Ei Engine) yang dipadankan transmisi lima kelajuan, dan menghasilkan kuasa maksimum 11.8hp @ 8,500rpm dengan tork puncak 11Nm @ 7,000rpm. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum sehingga 12 liter.

Di bahagian suspensi, Bajaj Pulsar NS125 dilengkapi dengan fork depan teleskopik dan penyerap hentak belakang monoshock (5-step Nitrox Mono-shock Suspension). Sistem brek depan merupakan jenis cakera bersaiz 240 mm (Anti-skid Braking System), yang kemudiannya digandingkan dengan brek belakang jenis dram yang bersaiz 130 mm.

Bajaj Pulsar NS125 seterusnya berdiri di atas tayar depan yang berukuran 80/100-17 (tubeless) dan tayar belakang 100/90-17 (tubeless). Tinggi tempat duduk model naked berkenaan ialah 805 mm, manakala beratnya ialah 144 kg (kerb weight). Adakah model terbaharu Bajaj Pulsar NS125 2021 ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia?