Galeri gambar lebih jelas superbike mampu milik Moxiao 500RR 2021 di pasaran China

Kira-kira hampir seminggu yang lalu, dunia permotoran di seluruh dunia telah dikejutkan dengan kemunculan sebuah model ala superbike terbaharu di pasaran China, dikenali dengan nama Moxiao 500RR 2021. Penampilan dan reka bentuk model tersebut saling tidak tumpah seperti model superbike premium keluaran Ducati iaitu Ducati Panigale.

Bagaimanapun model tersebut hanya dilengkapi enjin bersesaran 471cc dua silinder (liquid-cooled, 8-valve, DOHC), dengan kuasa maksimum 47.6PS @ 8,500rpm dan tork maksimum 43Nm @ 7,000rpm. Kelajuan maksimumnya pula dikatakan mencapai 165 km/j. Lebih impresif ialah tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti maksimum 22 liter.

Spesifikasi menarik lain yang melengkapi model tersebut antaranya ialah brek cakera depan 320mm berkembar dengan ABS dua saluran, brek cakera belakang 260mm, fork depan USD, sistem suspensi belakang canggih, lengan ayun tunggal, panel instrumen digital, pengecas USB dan tayar depan belakang berukuran 120/70-17 dan 190/50-17.

Menurut sumber dari China, harga jualan untuk Moxiao 500RR 2021 ini bermula dari RM 22k sehingga RM 25k sahaja, boleh dikatakan berpatutan. Untuk tatapan anda, saksikan gambar-gambar lebih jelas model berkenaan dalam galeri di bawah, termasuk model dengan warna oren yang dipadankan rim roda sporty berwarna gangsa (bronze).

Sumber : jddmoto.com