Galeri : Yamaha YZF-R15 2021 berwarna Silver, harga jualan asas kekal sama RM 11,988.00

Model Yamaha YZF-R15 2021 untuk pasaran Malaysia baru saja diperkenalkan dalam pilihan warna baharu Silver, sebagai tambahan kepada dua warna terdahulu Race Blu dan Hitam. Harga jualan asas yang ditawarkan untuk model sport bike sporty itu kekal sama iaitu RM 11,988.00, hanya sedikit tinggi berbanding harga model Yamaha Y16ZR.

Untuk peminat yang sukakan pilihan warna cerah, Yamaha YZF-R15 2021 berwarna Silver atau Perak ini mungkin pilihan yang sesuai, tambahan pula ianya didatangkan rim roda berwarna Kuning Fluorescent yang kelihatan sangat terang. Spesifikasi teknikal lain pula kekal sama iaitu dikuasakan enjin bersesaran 155cc VVA yang berkuasa.

Ketika ini Yamaha YZF-R15 2021 berwarna Silver ini sudah pun tiba di wakil pengedar, seperti mana anda boleh saksikan gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah. Untuk pasaran negara jiran Indonesia dan Thailand, pilihan warna Silver ini telah pun tiba lebih awal, masing-masing pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021 yang lepas.

Sumber gambar : Berjaya Mega Motors & Shin Hup Hing Motor