Lagi galeri gambar-gambar menarik Huaying Finja 500 2021

Salah sebuah model motosikal terbaharu yang menarik perhatian ramai di negara China ialah Huaying Finja 500 2021. Model ini merupakan model copycat atau klon daripada model asli Kawasaki Ninja ZX-10R, namun ianya dikuasakan enjin bersesaran 500cc.

Berdasarkan pembacaan di dalam laman sesawang dari negara China, kebanyakan peminat motosikal tempatan di negara tersebut juga teruja dengan penampilan model tersebut, tambahan pula harganya yang boleh dikatakan berpatutan. Namun pada masa yang sama, mereka juga tertanya-tanya mengenai tahap kualiti dan ketahanannya.

Setakat ini berdasarkan pemerhatian dan carian di dalam internet, Huaying Finja 500 ini belum ditawarkan di pasaran luar negara. Dengan reka bentuk yang menarik dan sporty serta spesifikasi yang agak lengkap, model ini sudah tentu agak berbaloi untuk dimiliki.

Huaying Finja 500 dikuasakan enjin bersesaran 500cc (In-line twin-cylinder four-stroke, water-cooled), dengan kuasa maksimum 36.7PS dan tork maksimum 34Nm. Kapasiti tangki petrolnya ialah 18 liter. Ketinggian tempat duduknya berada pada paras 800 mm, dengan berat mencapai 225 kg (curb weight). Sistem breknya dilengkapi dengan ABS.

Sumber : jddmoto.com