Artis popular Zizan Razak terima Yamaha Y16ZR 2021 berwarna Arrow Blue dari Hong Leong Yamaha Motor

Artis popular Zizan Razak hari ini menerima motosikal baharunya Yamaha Y16ZR 2021 berwarna Arrow Blue, yang diserahkan oleh syarikat Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM). Majlis penyerahan berlangsung di ibu pejabat HLYM di Sungai Buloh dan disaksikan oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor, Dato’ Jim Khor.

Turut hadir bersama ialah Hoo Wan Tim selaku Pengurus Besar Pemasaran dan Jualan serta Shinsuke Yamaura selaku Pengarah Hong Leong Yamaha Motor. Motosikal milik Zizan Razak mempunyai nombor casis 08, seperti mana yang tertera di sijil, yang mana ianya merupakan salah satu daripada antara 10 unit pengeluaran istimewa pertama.

Lebih menarik lagi di bahagian kepala motosikal itu telah dipasangkan visor yang terukir nama Zizan Razak, ciri eksklusif yang mungkin akan menjadi ikutan pemilik Yamaha Y16ZR yang lain selepas ini. Tahniah diucapkan kepada Zizan Razak atas penerimaan motosikal terhangat di pasaran masa kini, Yamaha Y16ZR yang sporty dan berkuasa.

Artikel Popular Minggu Ini :