Model motosikal yang dikenali dengan nama Bashan BS110-27F 2021 ini merupakan produk keluaran terbaharu sebuah syarikat pengeluar motosikal dari China. Model ini bersedia untuk dieksport ke pasaran luar negara dan diberikan nama baharu yang lebih menarik, dengan harga jualan yang dijangka berpatutan sesuai dengan spesifikasinya.
Apa yang menarik mengenai model ini ialah rekaannya mengambil inspirasi daripada model Honda Sonic 150R yang ketika ini masih dijual di pasaran Indonesia. Rekaan lampu depan di antara kedua-dua model tersebut boleh dikatakan hampir sama, diikuti oleh rekaan brek cakera depan yang besar dan sistem ekzos yang kelihatan sporty.
Maklumat mengenai spesifikasi teknikal untuk model ini agak terhad. Enjinnya mungkin bersesaran 110cc, dan dikatakan turut dilengkapi tangki bahan api yang besar untuk tunggangan yang lebih jauh. Spesifikasi lain termasuklah lampu LED, meter digital LCD dan ruang barangan yang luas, serta brek cakera depan dengan kaliper dua piston.